Pas menyarankan semua pengundi baharu yang berumur 18 tahun ke atas untuk meletakkan kewajipan mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sebagai keutamaan.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana perkara berkenaan disifatkan sebagai Fardhu Ain dan bukan lagi fardhu kifayah berdasarkan kepada situasi politik semasa.